Adikku yang manis dan comel..
Selamat hari lahir yang ke-15
sudah besar kamu hari ini
melangkah ke fasa tahun yang baru
berjalan dengan penuh keyakinan serta jangan kau lupa pada yang Esa
Doaku padamu..
agar dikau menjadi seorang anak yang taat, beriman serta bertanggungjawab
perjalanan hidup baru bermula..jangan cepat putus asa..
tabah harungi ujian hidup ini dengan rasa syukur pada rahmatNya..
senyumlah pada dunia kerana kau berhak untuk hidup bahagia..
ilmu yang dituntut manfaatkan untuk masa depanmu
Insya Allah suatu masa nanti kau akan berjaya mengecapi segala cita dan impianmu.
hari ini hari istimewa buatmu..
hargailah setiap yang datang dengan syukur dan senyuman.
kamu tetap adikku yang manja dan comel..
p/s: Love u sis..

No comments:
Post a Comment