hari ini..keinginan untuk menulis di entri ini agak hambar..
tetapi aku kuatkan hati juga.. tiada tajuk..aku sendiri tidak pasti..
tender untuk hari ini telah disiapkan dan selamat dihantar..terima kasih Arif kerana banyak membantu aku..
kamu memang pembantu yang terbaik!!!
sekarang lagi membuat tugasan abang aku..setelah lama dia minta tolong cuma aku saja yang sibuk..
akhirnya hari ini baru nak mulakan..heheh..jangan marah yer..
selalunya setiap hari isnin dan khamis (jika tidak uzur) aku akan berpuasa..hari ini entah mengapa terasa sangat malas.. penat barangkali..tidak cukup rehat.
cuaca di luar mendung..hujan pagi tadi..dingin..
petang juga begitu..dan jalan di KL akan jam dan banjir
sesungguhnya aku tidak mempunyai kesabaran yang tinggi bila memandu..
sangat bosan..dan aktiviti biasa..menyanyi macam-macam lagu di dalam kereta..
menghabiskan masa..tidak kisahlah jika pemandu sebelah gelakkan ke..yang penting hilang bosan.
aku masih di dalam proses merawat hatiku..
Insya ALLAH..tuhan ada bersama kita sentiasa
hanya perlu panjatkan doa dan luahkan apa yang terpendam di dalam hati..
menangislah sepuas hatimu..
sesungguhnya ALLAH itu mengajarmu erti ikhlas dan sabar..
aku sangat terpanggil oleh kata-kata ini..benar..ALLAH sedang mengajar diriku tentang KEIKHLASAN dan KESABARAN..
wahai hati..pujuklah dirimu bahawa segala yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi..ALLAH tidak akan mempersia-siakan dirimu..
berserah dan bertawakal pada-Nya
jangan menyerah..Doa itu senjata kita..
amin..

No comments:
Post a Comment