Tuesday, 23 July 2013

semalam..hari ini dan esok

Semalam aku terlihat seorang lelaki buta mahu menuruni anak tangga..tiada siapa membantu
aku mempercepatkan langkah memimpin tangannya menuruni tangga bersama..sambil berborak kosong
semalam tuhanku mengajarku akan nikmat melihat.. gunakan nikmat itu sebaik mungkin dengan melihat kebesaranNYA.

Hari ini aku melihat seorang lelaki di hadapanku langkahnya perlahan sambil berpaut pada dinding untuk berjalan.. ada kecacatan pada kaki lelaki itu.
Aku memerhatikan dari belakang.. tiba-tiba dia hampir jatuh..namun dia kuat.
dia masih mampu meneruskan perjalanannya walaupun terbatas..aku kagum.
hari ini tuhanku mengajarku akan nikmat bergerak iaitu kaki yang bebas berjalan..

Esok..apakah pengajaran yang tuhanku akan tunjukkan padaku.. aku tidak tahu..
aku melihat dan bergerak di sekeliling sepanjang perjalanan pulangku..
terlalu banyak nikmat Allah SWT padaku.. tidak terhitung..
pesanan buat diri..terapkan diri untuk mensyukuri nikmat Allah
dengan mengucap...Alhamdulillah..






No comments:

Post a Comment