Hari ini seorang ibu kehilangan seorang anak yang dikasihi
Hari ini seorang adik kehilangan seorang kakak yang dihormati
Hari ini seorang suami kehilangan seorang isteri yang dicintai
Hari ini seorang anak kehilangan seorang ibu yang disayangi
Hari ini aku kehilangan seorang saudara yang seagama
Hari ini aku sedar bahawa sebenarnya....kita ini tiada punya apa-apa
Kita papa di dunia.. dosa dan pahala akan dihitung nanti..
Ternyata amalanku masih kecil..mungkin seperti zarah
Apakah kebaikan yang telah aku berikan selama ini??? Adakah ia diterima oleh Tuhanku???
Lalu aku teringat akan kata-kata ini "selagi kita bernafas..teruskan bertaubat dan berbuat kebaikan".

No comments:
Post a Comment