Wednesday, 14 March 2012

Selamatkan Aku

Bertemu kembali di ruangan ini setelah berminggu lamanya aku menyepikan diri.
Bukan kerana keterbatasan kerja juga waktu tapi diriku bergolak dengan perasaan.
Berkali aku di sini..tetapi tiada catatan terukir..semuanya bisu..terpendam dalam hati.
Berkata-kata dalam hati dan minda..berucap dalam doaku.

Selama itu..aku didedahkan pelbagai pelajaran dari buku kehidupan.
Allah menuntutku mempelajari dan mengenal erti kehidupan dari sudut lain.
Aku merenung dan berpikir akan hikmah dalam setiap ilmu diturunkanNya.
Ia sedikit sebanyak mengubah tanggapanku tentang manusia dan kehidupan.

Hidup ini saling berkait..antara aku, dia, kamu dan orang lain.
Persamaanya ialah kita semua ciptaanNya..milik mutlak Allah.
Suatu saat akan tiba..kita akan pergi menemuiNya..itu pasti.
Persoalan di minda, apakah aku cukup segala bekalan?

Ya Allah..aku masih tersasar jauh..kuatkan dan tanamkan Iman dalam setiap hatiku
Aku rapuh.. bimbinglah aku berjalan menuju padaMu.
Jangan biarkan aku dalam kesesatan jauh dari rahmatMu.
Tidak aku mahu ke nerakaMu..Selamatkan aku Ya Allah.

No comments:

Post a Comment