Papa..bagi diriku seorang lelaki yang tegas, garang
cepat melenting, suka 'membebel' mengalah mamaku sendiri
namun disebalik semua itu..papa adalah lelaki yang bertanggungjawab
pada keluarga dan anak-anak
susah, senang, suka, duka, sedih dan gembira
jarang sekali dia perlihatkan..
papa bekerja keras untuk memastikan keluarganya cukup makan
diberi pakaian, tempat berteduh..semua atas usahanya sendiri.
papa sangat cekal..kehidupan dahulu tidak sesenang kini.
keluarga kami besar.. namun itu bukan alasan untuk melepaskan tanggungjawab
kepada isteri dan anak-anak.
dahulu aku dan papa sukar sependapat..ada sahaja yang aku suarakan
biasalah..anak muda tidak tahu erti sebuah kehidupan
namun kini aku semakin meningkat dewasa.
hari-hari yang aku lalui mengajarku erti kehidupan
apa itu susah, senang, tanggungjawab, hormat-menghormati pada yang tua
dan paling penting bagaimana untuk mengawal perbelanjaan.
yang itu aku harus tabik pada papa.. dengan gaji yang kecil dia masih mampu
menanggung perbelanjaan kami semua..sangat aku kagumi itu.
Papa..walaupun setiap hari aku pasti akan dengar leteran dia di rumah..
tapi aku tahu..dia mahu mendidik aku menjadi insan yang berguna, baik, bertanggungjawab dan solehah.
aku masih setia mendengarinya..sambil tersenyum..walaupun terkadang aku berkecil hati
aku tahu itu kerana dia kasih dan sayangkan anak-anaknya.
Papa ego untuk menunjukkan kasih dan sayangnya..hanya hati yang mengetahui.
Papa..selagi aku bernyawa akan aku cuba menjaga maruahku agar tidak diperkata oleh orang lain.
kasih dan sayangmu papa membawa ke syurga
tiada ku lupa segala pengorbananmu di dunia..aku akui aku anak degil
percayalah..aku sayangkan kamu Papa.
terima kasih papa untuk segalanya..hanya Allah yang bisa membalas semuanya.
sebagai anak akan aku jalankan tanggungjawabku sebaik mungkin dan mendoakan kesejahteraanmu.
Insya Allah..amin
Mungkin di mata orang lain kamu berbeza tapi itulah caranya papa menterjemahkan erti kasih dan sayang Papa.

No comments:
Post a Comment