Tuesday, 15 November 2011

Jangan Menyerah

ketika ini aku merasakan seolah-olah aku tersungkur sekali lagi
namun, hati berbisik memujuk diri untuk jangan menyerah
Ya Allah..terima kasih kerana menyedarkan aku lagi..
dalam sujud..aku menangis padaMu
segala yang terpendam aku laungkan..
tuhan betapa aku sebenarnya rapuh

lalu..aku memutuskan untuk terus berusaha
jangan mudah menyerah..letakkan segala penggantungan dan tawakal 
pada yg Esa..agar berikan yang terbaik buat diriku
kuatkan hati berjuang sedayaku..
Allah sayangkan umatnya..dan Allah tahu kita mampu mengharungi ujian ini.
Insya Allah..ada pelangi menanti di hujung jalan.

panjatkan segala doa dan berserah padaNYA
teruskan melangkah dengan penuh kesyukuran
setiap yang berlaku menjanjikan hikmah tersembunyi
yakinlah pada kekuasaan Allah SWT
jangan menyerah.

No comments:

Post a Comment