hidup ini dipenuhi rencah rasa dan warna
ada kalanya manis..pahit..sedih..gembira..merah..biru..putih dan pelbagai.
kadang kita di atas..kemudian di bawah..tetapi percayalah itulah erti sebenar sebuah kehidupan.
di mana kita pelajari dengan naskah yang berbeza setiap hari.
setiap helaian mengisahkan cerita yang berlainan..
di mana kita mengolah jalan atau skrip dalam setiap minit dan nafas kita
barangkali hari yang dilalui ceria, gembira, mungkin juga sedih, marah dan serba tiada kena.
ini merujuk pada pepatah.."kita hanya merancang namun Allah SWT yang menentukan"..
langit tidak selalunya cerah mungkin juga hujan atau mendung di tengahari..tiada siapa bisa ketahui akan kekuasaanNYA.
Amin..
hampir tiga bulan aku mendiamkan diri dari blog ini..aku mencari ketenangan dan kesihatan diri agak terjejas kesibukan kerja kurang tidur menyebabkan aku asyik tidak sihat..demam..
aku merasa ada ruang kosong dalam diri ini..aku mencari kekurangan itu..
masih lagi berusaha memenuhi segala kekurangan itu.. Ya Allah..diriku ini tidak sempurna..
bantulah diriku ini ke jalan yang diredhai Mu..
banyak kata-kata yang berlegar dipikiran ini namun tidak terluahkan..
lalu aku berdiam diri hanya mengadu pada yang setia mendengar..
Ya Allah..dengarlah rintihan dan keluhan hatiku ini..kerana hanya Mu yang mengetahui segala yang terbeku dalam hatiku ini..tetapkanlah imanku..agar tidak ia berpaling selain dariMu..
kurniakanlah kekuatan serta ketabahan untuk aku menghadapi segala ujian dengan redha..
aku memohon padaMu..

No comments:
Post a Comment