Saturday, 23 July 2011

Setahun sudah berlalu

23 Julai 2011 (Sabtu)

hari ini telah genap setahun pemergianmu sahabatku
terlalu pantas masa beredar..tanpa aku sedari
terasa seperti baru semalam kita berbicara
saling bertanya khabar dan kau tidak pernah jemu mendengar rintihan
juga menasihati aku.
aku merindui saat-saat itu..
masih teringat kembali akan harapan kau untuk melihat aku meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi
Insya Allah..dengan izinNya akan aku usahakan kerana itu juga impian aku selama ini.
moga Allah membantu dan permudahkan segala urusan buat diri ini.

terima kasih tidak terhingga atas segala yang pernah kita lalui bersama
setelah pemergiaanmu aku belajar akan erti kehidupan
dan menjadi lebih kuat untuk mengharungi hari-hari mendatang.
bukan mudah bagiku menerima dan bangun semula..
Alhamdulillah..aku pasti kau mendoakan aku di atas sana.
maafkan diriku wahai sahabat..terlewat bagiku untuk mengucapkan semuanya..
kerana kau kini telah tiada..aku kesali itu..

kini hanya Yassin dan Al-Fatihah yang bisa aku kirimkan
serta doa agar kau tenang dan bahagia di bawah jagaan Allah SWT
aku kenang kamu..

Al-Fatihah buat Azaharie Mohamed

No comments:

Post a Comment