dalam banyak-banyak benda yang sibuk untuk difikiri dan diingati tapi tuhan pilih dia untuk kita ingati.
dalam keadaan kita sedang cemas dan berlatah terlajak, tuhan pilih dia untuk kita rindui.
dalam keadaan kita sedang bersuka ria dan ketawa riang bersama teman, tuhan pilih dia untuk kita cintai.
lalu, kita sering tanya pada diri, kenapa tuhan pilih dia tapi bukan yang lain?
kita sering kali bertanya walaupun kita sedar yang tuhan sedang memberi kita satu lagi ujian pada hidup kita yang kita tidak tahu sama ada kita berjaya ataupun gagal dalam ujian kali ini.
hari ini, kita berjalan lagi melihat dunia, tetapi tuhan masih lagi memilih dia untuk kita ingati.
maka akhirnya kita sedar ketika dihujung jalan yang tanpa kita perolehi.
sebenarnya tuhan pilih dia kerana dia juga pilihan yang tuhan pilih untuk kita belajar erti sayang.
jangan pernah tanya kenapa tuhan pilih dia.
takut kita tidak akan belajar erti bersyukur dan menghargai.
p/s: ini adalah nukilan adik aku..dia hebat dalam berkarya dan aku sangat suka pada setiap hasil nukilannya..di sini aku mahu berkongsi dengan semua.

No comments:
Post a Comment