Thursday, 23 June 2011

kembali berkarya

hari khamis yang tenang..tiba-tiba aku teringat pada blog yang sudah lama tidak aku usik.
komitmen pada kerja sehingga aku bekerja 7 hari seminggu..membataskan aku untuk berkarya di sini..kesihatan aku juga agak terjejas kebelakangan ini. tidak cukup rehat juga pemakanan aku sedikit terabai..tetapi berkat keizinan dariNya..juga bantuan dari kawan-kawan sepejabat..Alhamdulillah semua tender berjaya disiapkan mengikut waktu yang ditetapkan.. Terima Kasih Ya Allah atas bantuanMu juga pada semua yang membantu.

hari ini pun masih ada tender yang perlu aku siapkan cuma sedikit sahaja lagi, Insya Allah pasti boleh..

selama aku mendiamkan diri dari dunia blog ini..terlalu banyak yang ingin aku perkatakan dan luahkan..tidak kurang pelbagai kejadian berlaku dalam hidup aku ini..

tidak dinafikan..ramai lelaki yang hadir dalam hidup aku..tetapi aku dingin..
aku suka berkawan namun hati aku agak sukar ditawan..
sekali aku sayang sukar dibuang jauh..

terkadang aku bertanya dalam hati mengapa dia yang aku ingati selalu..
apa yang membuat aku tertarik pada dia??
namun akhirnya aku memutuskan untuk tidak lagi meletakkan sebarang pengharapan pada dia lagi.
ada orang berkata apabila kita tidak meletakkan sebarang harapan atau mengharapkan balasan dari orang lain kita kurang terluka atau kecewa kepada orang lain..ada benarnya kata-kata itu.
letaklah segala harapan serta doa pada tuhan yang satu iaitu Allah SWT.

ada sebuah hati telah aku lukakan..aku berlaku kejam pada dia..
kamu berkata aku membuat kamu seperti sampah..mungkin juga..tapi biarlah Allah yang mengetahui segalanya. biarlah kamu menganggap sedemikian kerana lebih senang buat kamu melupakan aku dari kamus hidup kamu.

aku masih mengorak langkah..menerokai hari-hari ayng mendatang dengan rasa syukur pada yang Esa.
aku mendoakan agar kita semua dirahmati dan hidup sejahtera di dunia dan akhirat.... Amin.

No comments:

Post a Comment