Monday, 16 May 2011

warkah buat kamu

aku bermimpikan kamu dalam tidurku..
mengapa ya?? mungkin kerana aku lagi memikirkan tentang kamu kebelakangan ini..
di manakah kamu pergi..tiada khabar berita, sms dan panggilan aku hambar..
kamu seperti mahu menjauhkan diri dari aku sekali lagi sama seperti dahulu..aku terkilan..
apakah salah dan silap aku kali ini..mengapa aku dihukum sebegini??

tahukah kamu, hampir setiap hari aku mencuba mendapatkan khabar berita tentang kamu..namun semuanya bisu..aku menangis setiap kali melihat atau mendengar tentang kamu.

apakah aku tidak layak berkawan dengan kamu?? sekiranya benar..katakan saja..aku pasti memahaminya.
jika aku ada berbuat kesalahan yang mengundang marah dihatimu aku ingin memohon maaf kerana tidak sedar akan perbuatan aku melukai kamu selama ini..tapi hanya satu yang aku pinta dari kamu. jangan terus membisu aku perlu tahu..agar tidak aku ulangi kesilapan yang sama. biarkan aku perbetulkan kesalahan serta kekurangan diri ini.

lalu aku memujuk hati dan perasaan aku sendiri..berkata yang insya Allah kamu baik-baik sahaja dan Allah akan sentiasa melindungi kamu walau di mana kamu berada di saat ini..
aku akan sentiasa kenang akan kamu..dalam hati ini.
aku mahu melihat kamu berbahagia dan tersenyum lagi.
seandainya tuhan mengizinkan suatu saat pasti kita akan bertemu..
aku menantikan saat-saat itu..

warkah ini buat kamu..aku ingin kamu tahu yang aku rindu dan kenang kamu.
namamu sentiasa dalam doaku..semoga kamu sihat dan dipermudahkan segala urusan buat kamu.
aku menantikan kamu di sini..

No comments:

Post a Comment