Tuesday, 3 May 2011

kamu dalam doaku

sudah lama tidak menulis di entri ini..bukan kerana kesibukan di tempat kerja cuma aku lagi tidak punya hati untuk menulis tetapi hari ini aku kuatkan diri serta tangan untuk menulis sesuatu di ruangan ini.

terlalu lama aku tidak menanyakan khabar tentang kamu..entah mengapa aku sendiri tidak pasti begitu sukar untuk aku menulis sebuah pesanan ringkas atau mendail nombor kamu..apakah yang menghalang aku dari berbuat demikian. mungkin kerana kamu ada milik seseorang maka aku harus menghormati status diri kamu dan aku juga punya ego aku. tapi percayalah aku asyik mengingati kamu..sukar memadamkan kamu dari hati dan fikiran ini.

petang sabtu yang lepas..aku terpanggil untuk bertanya khabar pada  kamu hati aku tidak senang selagi tidak berbuat demikian..ternyata firasat aku benar..kamu lagi ditimpa musibah..
aku menjadi sayu..kasihan kamu..hati kecilku berkata apakah bisa aku membantu dia..
Alhamdulillah syukur padamu ya Allah..dengan izinMu serta pertolonganmu..aku meringankan bebanan dia..
aku berdoa dalam hati..semoga Allah permudahkan urusan buat kamu dan lindungilah kamu selalu.

sejak dari hal itu..aku sering menghubungi dan bertanya khabar kamu..alhamdulillah..kamu semakin baik.

kamu..kamu punyai tempat istimewa di hati ini..seolah aku terpanggil untuk membantumu..
kamu sering bertanya bilakah kita dapat bertemu..jawapanku..Insya Allah suatu masa nanti..
jujur aku akui yang ada rasa gusar di hati ini..apakah aku cukup berani untuk bertemu dengan kamu.
aku hanya gadis biasa tidak cantik, tidak punyai apa-apa.
cuma persahabatan yang ikhlas mampu aku hulurkan.. aku juga tidak pernah menilai kamu walaupun aku tahu latar belakang kamu..bagi aku tiada yang sempurna dan aku tidak punyai hak menilai kamu.
kamu sentiasa dalam doaku..setiap kali lepas solat aku akan berdoa memohon pada Allah untuk melindungi kamu sentiasa, permudahkan segala urusan buat kamu, membimbing kamu dan hindari kamu dari perkara-perkara yang menyakiti diri kamu sendiri..
aku sedih melihat atau mendengar segala yang berlaku pada kamu..sehinggakan aku berkata padamu untuk tidak menyakiti dirimu lagi.
niat aku ikhlas aku tidak mahu melihat kamu terus begini, kamu berhak untuk merasa bahagia dicintai, dikasihi dan punyai teman yang ikhlas menerima kamu seadanya.

kini aku punyai kekuatan serta keyakinan untuk bertentang mata dengan kamu. aku ingin kamu tahu bahawa kamu masih punyai aku di sini dan kamu ada dalam doaku. moga kita sama-sama mencari kebahagiaan yang ikhlas serta abadi buat kita dengan rahmatNya.

kamu..dalam doaku..amin..

No comments:

Post a Comment