cukuplah sampai di sini..segala kenangan antara kita tidak akan aku lupakan..
walaupun berat..pengharapan dan penantian yang selama ini aku bawa..akhirnya tewas oleh masa.
dah aku berhenti berharap akan cintamu dan kasihmu..
aku akan cuba bertahan mengorak langkah baru tanpa bayanganmu.
kerana aku juga berhak untuk terus bernafas dan mengecapi bahagia..
mungkin aku akan kesepian tapi itu tidak mengapa
masih ada Allah, famili serta teman yang setia bersama aku di sini.
doa aku akan sentiasa bersamamu..semoga kamu berbahagia dengan jalan yang kamu pilih bersama teman yang bisa memahamimu seadanya.
tidak mahu lagi aku menangis dan bersedih kerana kamu..aku tentukan hidupku.
Allah itu ada bersama aku..Insya Allah, akan aku teruskan hidup ini dengan cara aku sendiri cukuplah dengan berkat serta restu orang tuaku..itu melebihi segalanya di dunia ini.
kini aku mahu tersenyum riang dari hati yang benar-benar ikhlas dan penuh kesyukuran.
yang berlaku biarlah berlaku..tiada pernah aku sesali malah aku bersyukur kerana mengajar aku erti kehidupan dan mengenali manusia lebih dekat.
aku tidak akan pernah sempurna tetapi aku mampu mengubah ke arah kebaikan.
semoga Allah membimbing aku ke jalan yang diredhaiNya. tetapkanlah iman dalam hatiku ini.
aku punya banyak rencana di masa hadapan..doakan aku berjaya melunasnya.
dan seandainya Allah mengizinkan suatu hari nanti kita akan bertemu..Insya Allah..
senyum..:)

No comments:
Post a Comment