Monday, 11 April 2011

terbang tinggi

aku ingin terbang tinggi seperti burung bebas di awangan..
melihat keindahan alam ciptaan Allah dan ragam manusia dari atas..
seandainya aku punya sayap dan bisa terbang..
dalam hatiku meronta..aku ingin bebas..
seperti ada bebanan yang aku simpan rapi di dalam hati..
aku ingin melontarnya..dan laungkan segala sakit, sedih aku
agar didengari setiap manusia betapa hatiku ini hancur...

tetapi niatku terhenti, aku disedarkan oleh kekuasaan Allah SWT
aku selalu punya Allah di sisiku setiap waktu dan ketika tanpa jemu..
aku hanya perlu panjatkan doa dan luahkan segalanya pada Allah yang satu
aku alpa bahawa Allah itu sedang mendidikku tentang erti sebuah kehidupan
mengajarku mengenai baik buruk dan hikmah yang tersembunyi disebalik sesuatu yang terjadi

terima kasih Ya Allah kerana sedarkan aku dari terus menzalimi diri aku sendiri..
aku buta menilai kurniaan dah rahmatMu..
ampunilah hambamu ini..

lantas aku berkata pada diri sendiri..agar bangun dari segala kedukaan..
aku memujuk hati bahawa Allah ada bersama aku, Allah tidak pernah meninggalkan aku walaupun sedetik..
aku masih punya keluarga dan rakan-rakan yang setia di waktu susah senang..
terima kasih semua..semoga Allah merahmati kita semua.

kini, aku mengorak langkah menuju ke hadapan..yang terjadi biarkan berlalu..
hikmah dan pengajaran yang aku  dapat akan aku ingati dan pelajari agar tiada lagi kesilapan yang sama.
alam ini satu sekolah buat manusia..di mana kita akan pelajari setiap perkara dari alam disekeliling kita..
teruskan melangkah dengan berlapang dada serta berdoa agar Allah permudahkan setiap urusan buat diri ini.
senyuman akan sentiasa terukir di bibir ini walau sepahit mana pun..aku tetap bersyukur kerana aku punya ALLAH SWT, keluarga serta rakan.
segala pengharapan aku panjatkan padamu Ya Allah..berkatilah aku sentiasa..
Insya Allah..

No comments:

Post a Comment