Friday, 8 April 2011

sebuah senyuman

kata orang wajah kita akan bertambah manis jika diberikan sekuntum senyuman yang ikhlas terbit dari hati.
ada benarnya kata-kata itu..setuju 110%..hehhe

namun ada juga yang enggan memberi senyuman kepada orang lain..mengapa?
apakah mahal harga senyuman itu harus dibayar dahulukah?? bermasam muka..
jangan nanti muka anda nampak seperti singa..hahah

bagi aku senyuman itu umpama sedekah..tidak perlukan wang..
aku boleh berikan pada sesiapa yang aku suka tanpa mengira waktu dan tempat.
tidak merugikan juga..
tetapi..senyuman itu haruslah lahir dari hati yang ikhlas..
dengan itu senyuman itu nampak cantik sekali..
mungkin juga dari senyuman itu bisa menawan hati seseorang..(insya Allah..)

ramai yang berkata pada aku..mereka suka melihat senyumanku..
terima kasih..(* jangan riak ya)
aku suka tersenyum..walaupun aku ingin marah pada orang akan bertukar pada senyuman..

pesanan kali ini..senyumlah hari ini seolah-olah kamu menang atau miliki sesuatu yang kamu sukai..
hidup ini terlalu indah dan bernilai untuk kita berduka sentiasa..warnakan hidup ini dengan pelbagai warna kerana kita tentukan apa dalam hidup kita..dan yang teramat penting selalu kita ingat bahawa ALLAH itu sentiasa bersama kita..makanya.jangan kau takut atau bimbang..ALLAH ada dengan kita.

p/s: keep smiling ya :)

No comments:

Post a Comment