Wednesday, 6 April 2011

perkhabaran jauh

hampir 2 minggu aku tidak menulis di entri ini..mohon maaf kerana keterbatasan waktu serta kesihatan diri terjejas minggu lepas..namun alhamdulillah..berkat izinNya..aku telah kembali sembuh..terima kasih ya Allah..

minggu lepas aku menghadiri HSE Workshop anjuran client sempena project baru yang bakal memulakan operasi bulan depan..syukur alhamdulillah tidak terhingga padamu Ya Allah..akhirnya ada rezeki buat kami..
itu juga bermakna..kerja aku makin bertambah..aku harus memantau project operation 24/7 dan bukan 1 project tetapi 2...hurm...syukur alhamdulillah.. bersiap sedia..ayuh!!!! ;)

macam-macam yang berlaku pada minggu lepas..sepupu aku bertunang di rumahku..
aku menyaksikan pelbagai ragam manusia di situ..jujur aku katakan ianya sangat-sangat menguji kesabaran aku sehingga aku dengan lantangnya membalas setiap kata-kata yang dikeluarkan..bunyi sangat jahat kan???

aku bukanlah seorang yang suka memarahi orang tanpa sebab..selalunya aku lebih berdiam diri dan tidak mengambil peduli tentang sesuatu yang aku anggap remeh.. tetapi aku paling marah sekiranya ada orang yang berlaku kasar pada kedua orang tuanya..
aku sendiri tidak sempurna..aku juga punya khilaf aku sendiri tetapi aku tidak tega untuk membuat seperti apa yang kamu lakukan pada ibubapa kamu itu..teganya kamu..

semua seperti tidak percaya dengan kelantangan aku..suka atau tidak terpulang..tapi aku tidak akan biarkan kamu terus berlaku biadap pada ibubapa kamu sendiri..harus kamu ingat manusia itu lemah, tidak sempurna dan tidak terlepas dari melakukan kesalahan namun jangan kamu hina atau menghukum manusia itu kerana diri kita sendiri belum cukup baik di mata ALLAH.

aku tidak bermegah..namun aku sangat bersyukur dengan anugerah serta nikmat ALLAH pada diriku..aku punyai keluarga yang ramai, setiapnya berbeza perangai tetapi kami bahagia bersama..susah dan senang kami sekeluarga tempuhi bersama..Papa dan Mama selalu berpesan..segala susah senang biarlah kita sekeluarga hadapinya tidak perlu meminta atau menyusahkan orang lain. oleh itu hubungan kami sekeluarga amat rapat.
aku sangat sayangkan kalian semua..tanpa kalian..aku sunyi..aku hilang semangat dan kekuatan. kalian semua tunjang hidupku.

apa yang berlaku membuka mataku sendiri, dan masa yang sama aku memohon berdoa pada yang Esa agar selalu membimbingku..jangan biarkan aku sombong dan menjadi anak yang derhaka pada kedua orang tuaku..baik dan buruk..mereka adalah Papa dan Mama aku yang terbaik dunia akhirat..terima kasih padamu Tuhan kerana mengurniakan aku mereka berdua sebagai Papa dan Mama aku. doaku agar kau selalu menjaga mereke, pelihara mereka, berikan kesihatan yang baik pada mereka, ampunkan segala dosa-dosa mereka dan berikan segala kebahagian di dunia akhirat pada mereka.

pelajaran lain yang aku dapat adalah..manusia ini sebenarnya suka mengambil kesempatan di atas kebaikan manusia lain..tapi mereka ego untuk mengakuinya kerana mereka tidak menyedari perbuatan mereka itu sendiri..jangan dianggap kebaikan dan keikhlasan seseorang itu satu kelemahan yang kau bisa ambil mudah..mereka juga punya hati dan perasaan..cuba kau letak dirimu ditempat mereka pasti kau akan rasai apa yang mereka alami.

di dunia ini kita tidak hidup sendirian..ada aku, kamu, dia dan orang lain.. jangan kita sombong..kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain..selain bergantung pengharapan pada Tuhan yang satu.
begitu banyak pelajaran dan pengajaran yang Allah berikan pada aku untuk memerhati dan pelajari.
terima kasih ya Allah sesungguhnya ada benarnya bahawa alam itu sebuah sekolah pada manusia..di mana kita belajar dari sekeliling kita ini bukalah mata dan hatimu..justeru kau akan ketahui ilmu Allah yang tersembunyi disebalik alam ini.

No comments:

Post a Comment