Tuesday, 19 April 2011

Cinta - bicara tentangnya

Cinta..

Cinta itu anugerah dari tuhan ada dalam setiap hati manusia..
walaupun cuba menafikan kehadirannya..ia tetap ada..

Cinta..pelbagai tafsiran diberi akan erti cinta itu..
tepuk dada tanya hatimu..pasti ada jawapannya.

Cinta itu ada manis, pahit, suka, duka, indah juga gelap.
setiap manusia akan melaluinya dengan keadaan atau situasi berbeza.

bicara tentang cinta..
bagi aku cinta itu universal..merangkumi pelbagai aspek
cinta sesama manusia, haiwan, alam mahupun kebendaan.
namun cinta manusia tidak pernah luput dari tajuk perbualan setiap bibir.
ianya hadir pada saat yang tidak diduga..tanpa diminta
kisah cintaku..tidak menarik..malah putus ditengah jalan..tiada jodoh..
perasaan itu indah..sukar digambarkan oleh kata-kata
hati tersenyum riang..melihat si dia meruntun hatiku..heheh
saat perpisahan terjadi..terasa ada lubang di dalam hati ini..sakit teramat sangat..
Alhamdulillah..aku bangun walaupun ambil masa yang agak lama.

sekali lagi terjadi..kali ini aku bertepuk sebelah tangan..
pedih di dalam hati..namun tidak mengapa..kerana aku berlaku jujur pada perasaan aku sendiri..
aku meluahkan perasaan aku padanya..cuma aku tiada ruang dalam hatinya..
aku bangkit dari luka..perlahan-lahan aku menemui cinta yang suci dan abadi..
Cinta Allah..cinta yang teragung..
disebalik yang berlaku, aku bersyukur kerana aku terasa lebih dekat sama Allah..
Allah mendengar segala rintihan, tangisan serta doaku..
aku mendapat pelajaran yang terbaik..aku belajar menjadi lebih tabah agar tidak mudah bersedih di atas apa yang berlaku.
jangan mudah memberi hatimu agar tidak kecewa nanti..terlalu banyak yang aku pelajari dari didikan ini.
dan teramat penting..Allah mengajar aku tentang ikhlas dan sabar serta menyedarkan aku bahawa Allah itu cinta pada aku sebagai hambanya.
kerana mengejar cinta makhluknya aku alpa pada cinta yang satu..cinta pada Allah SWT..
ampunilah aku, aku berdosa..

terima kasih aku tersedar, aku akan memupuk cinta yang baru iaitu cinta Allah..
aku juga berdoa andai Allah mengurniakan cinta yang lain..biarlah cinta itu berlandaskan cinta kerana Allah..agar mendapat berkat dariMu.
juga restu dari kedua orang tua aku..

Cinta itu ada di dalam hatiku..

No comments:

Post a Comment