Tuesday, 8 March 2011

wahai hati

ada rasa rindu dihati ini..
tapi aku tidak bisa meluahkan
terasa menyesakkan..sukar bernafas

kadang kala airmata ini jatuh
Ya Allah..maafkan aku
aku tersungkur lagi..
berikanlah aku kekuatan

hati aku berkata-kata
bahawa suatu hari nanti
kau akan kembali padaku

Ya Tuhanku..
Engkau Maha Mengetahui segalanya
padamu aku berserah
akan tetapi..
aku memohon padamu
bimbinglah aku ke jalanmu..

wahai hati..
hentikan kesedihan yang bersarang
sinar bahagia akan muncul
jika kau bersabar dan redha
pada segala ketentuan Ilahi
jangan kau berputus asa
bersangka baiklah pada Allah..
kerna Allah mengetahui apa yang terbaik buatmu.
Insya Allah..amin

No comments:

Post a Comment