Monday, 7 March 2011

Tanda Cinta Kita

kasih...
bersama segala rasa sayang dan cintaku
kita mengharungi bahtera bersama
kau dan aku kini bersatu..alhamdulillah..

sayang..
terima kasih padamu..dengan izinNya...
lahir anugerah terindah di dunia ini
sebagai tanda cinta kita..
syukur ya Allah..

Cinta..
kamu adalah tanda cinta kami bersama
kamu lahir sebagai penguat ikatan ini
kamu akan dijaga, dididik dengan segala
rasa kasih, sayang dan cinta dari kami untukmu...

Anakku..
selamat datang ke dunia ini..
akan kami bimbingmu ke jalan yang benar
kamu tidak akan kami persiakan
kerana kamu adalah tanda cinta kita
peganglah tangan ummi dan walidmu..
sama-sama kita berjalan di bumi yang sama..

Anakku..
ummi dan walid cinta dan sayang kamu..

p/s: khas buat abangku di atas kelahiran anak sulungnya..

No comments:

Post a Comment