kelmarin, aku mendapat berita mengenai kehilangan mak saudara aku..
Inalillah..dan Al-Fatihah buatmu agar rohmu tenang dan dirahmati Allah..serta ditempatkan bersama-sama orang-irang yang beriman dan kekasih-kekasih Allah. Amin
sepanjang perjalanan pulang ke kampung..aku merenung pada langit yang mendung..
berkata di dalam hati agar berikanlah kekuatan dan ketabahan pada ahli keluarga mereka untuk redha dan pasrah atas ujian yang diberikan.
alhamdulillah..kami sekeluarga selamat sampai di kampung dan aku sempat memberi penghormatan kali terakhir.
ramai yang hadir..alhamdulillah..antara satu sikap melayu adalah saling menziarahi dan ringan memberi bantuan tanpa perlu diminta..
di sana, aku melihat anak-anak arwah membacakan Yassin buat arwah ibu tercinta sambil mengalirkan airmata..
kuat rasa kasih, cinta dan sayang sang anak kepada ibu yang kini terlanjur kaku..Insya Allah..ibumu tahu perasaan kalian pada dia..
segalanya berjalan dengan lancar dan selamat.. tetapi aku agak terkilan dengan sesuatu yang aku kesalkan.
sungguh dia tidak tahu dan menghormati akan erti sebuah kematian baru sahaja selesai..
sebagai seorang yang lebih tua kamu seharusnya memberi teladan yang baik kepada kami yang muda..
sungguh aku merasa marah dengan setiap kata-kata yang keluar dari mulut kamu..aku menahan kemarahan di dalam hati..kerna tiada guna aku turut sama dan apa yang penting aku harus hormati kesedihan orang lain..
apakah kamu sedar bahawa yang kamu sindir dan herdik itu adalah saudara sedarah kamu sendiri..
jangan pernah kamu menghukum mereka itu kerna kita sendiri manusia biasa..tiada hak untuk menghukum sesama manusia..apatah lagi saudara sendiri..
kamu selaku yang lebih tua seharusnya memberi nasihat dan menegur dengan cara yang bijaksana, biarkan mereka belajar dari sebuah kesilapan agar mereka belajar dan ingat pelajaran dari kesilapan mereka sendiri.
bukan dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik..buat kali ini aku sudah hilang rasa hormat aku pada kamu..kerna kematangan kamu tidak menggambarkan pada akal dan usia kamu sendiri..
perpisahan ini sepatutnya memberi keinsafan pada semua agar sentiasa beringat bahawa mati itu pasti dan hargailah hidup ini dengan baik serta penuh kesyukuran pada Allah SWT.. kematian akan menjemput kita pada saat yang kita sendiri tidak ketahui..maka persiapkan diri kita dengan segala amalan..
harus kita ingat yang kita adalah hamba Allah yang tidak sempurna, punya banyak khilaf..mohonlah keampunan padaNya..
inilah pelajaran yang aku temui dalam ujian yang Allah turunkan kali ini, sangat bermakna..
Ya Allah, ampunkanlah hambamu ini..sesungguhnya aku sangat berdosa..
ampunkanlah aku ya Allah..

No comments:
Post a Comment