Friday, 4 March 2011

lihat langit itu

mendung hari ini..tidak terlalu terik seperti selalunya..
alhamdulillah..aku bernafas, melihat dan berjalan di bumi yang sama..syukur pada Mu
aku masih di sini..hari ini aku merasa sedikit beza..
hatiku lebih tenang..lebih murah memberi senyuman..
sesungguhnya hidup ini terlalu indah dan berharga untuk dibazirkan
ingat tujuan utama kita sebagai hamba ALLAH..

semalam aku merasa kerdil dan nyaman bila berada
dalam dakapan mama tercinta..
mama, kamu tahu apa yang anak kecil ini perlukan..
sentuhan dan belaian darimu..
mama..aku sayang kamu..
terima kasih mama..

aku sedang membina sikap untuk tidak terlalu mengharap kepada sesiapa
aku tidak mahu sakiti diri aku lagi
aku harus kuat..menghadapi segala yang bakal datang
dengan rasa akal yang positif..lalu menyerah segala kepada ALLAH setelah apa yang sepatutnya kita usaha.

kataku pada diri..wahai diri kamu ada seorang yang kuat
kamu mampu melalui semuanya dengan baik..
tetapi harus kamu ingat bahawa setiap yang berlaku adalah dari ALLAH
ALLAH sedang mengajar dirimu sesuatu yang amat bernilai..
jangan pernah menyerah dan berputus asa..sesungguhnya ALLAH itu sentiasa bersama kita.
teruskan melangkah wahai diriku yang kuat..jangan gentar..
Insya ALLAH..

No comments:

Post a Comment