Tuesday, 1 March 2011

Jangan Bersedih...ALLAH ada bersama kita

sungguh mendalam kata-kata itu..
aku..terlalu melayan emosi
bersedih..menangis..
sehingga aku terlupa pada kuasa yang satu..

Tuhanku Ya ALLAH..ampunilah aku
sesungguhnya aku lemas
di dalam duka aku sendiri
aku menzalimi diriku..

aku alpa pada hadirMU Ya ALLAH
yang ALLAH itu sentiasa ada bersama umatNya
cuma manusia itu lupa padaNya
terima kasih atas segala cinta, kasih, sayang serta nikmatMU
aku tidak mampu menghitung segalanya.

kembalikan aku ke jalan MU
takkan aku berpaling dariMU
aku milikMU..

aku redha atas segalanya..
kerana aku yakin ALLAH itu ketahui apa yang terbaik untukku.
aku tidak lagi sendiri..kerana ALLAH ada bersama kita..
amin

No comments:

Post a Comment