acapkali..sekiranya kita melakukan kesalahan kita akan segera memohon maaf terhadap orang yang kita berbuat salah..tanpa perlu kita pinta dan bersungguh meminta agar kemaafan itu diberi..
segala kata-kata pujukan akan kita ucapkan dan memberi janji bahawa tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dan tidak tega melukai hati dia lagi..hebat sungguh bukan..??
namun..apakah pernah kita sejenak berpikir..tentang diri kita sendiri..
ya..diri sendiri..bukan diri orang lain..diri kamu itu sendiri..
setiap perbuatan dan kesalahan yang kita lakukan..apakah kita pernah memohon maaf kepada diri sendiri??
memberi diri sendiri itu peluang kedua serta ruang yang baru??
tanya diri kita..apakah pernah kita berbuat demikian??
jika tidak..mulai sekarang kita seharusnya mengutamakan diri sendiri..
meminta maaf pada diri kita dengan memberi peluang kedua dan meletakkan kepercayaan baru
untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik..setelah itu segeralah kita memohon keampunan pada Allah SWT dengan segala rasa penyesalan dan hati yang ikhlas kerana Allah..berdoa agar dipermudahkan segala urusan buat kita dan lembutkan hati orang yang kita telah berbuat kesalahan tadi..
meminta maaflah kepada orang itu dengan ikhlas..jika kita benar-benar ikhlas dan menginsafi perbuatan kita nescaya orang itu akan melihat kejujuran kita dalam meminta kemaafan itu..Insya Allah , tuhan akan membuka hatinya untuk memberi kemaafan pada kita. tetapi jangan kita mengambil ringan di atas kemaafan yang dihulurkan..hargai erti sebuah kemaafan itu..kerana barangkali kita tidak ketahui apa yang mereka itu rasakan.
jangan kita persendakan kebaikan hati seseorang..jangan sekali..harus kita ingat bahawa Allah itu Adil mungkin suatu saat kita akan rasa dan alami perkara yang sama dan ketika itu baru kita mengerti segala luka, kecewa , sedih yang telah mereka alami.
seandainya kemaafan telah dipohon namun sukar diberi..jangan bersedih..pasti akan kau perolehi kemaafan itu bila sampai saatnya..kerana si dia juga perlukan kekuatan yang teramat serta keihklasan dari hati yang benar-benar luhur untuk memaafkan kita. berdoalah pada Allah SWT agar dibukakan pintu kemaafan dihati dia untuk memaafkan kita. Insya Allah..
kepada semua yang aku kenali..di sini aku memohon maaf di atas segala salah silap kata-kata dan perbuatan pada anda sekalian..

No comments:
Post a Comment