kelmarin aku bertemu kamu..
aku menggigil berdiri kaku..
dalam hati berkata..betapa aku rindu kamu..
kau menyapaku..tetapi aku pura-pura tenang
menjawab dengan senyuman..
dingin padamu..
kau cuba berbual denganku
ternyata setiap jawapan aku balas dengan kasar
maafkan aku..ada rasa marah pada kamu..
aku mendiamkan diri..
mendengar segala bicaramu..
sesungguhnya aku rindu pada suaramu..
aku bertanya padamu..
apakah pernah kau suka pada diriku??
ya..benar kau suka tetapi
kau tidak sayang dan cinta padaku
terima kasih kerna jujur padaku..
walaupun sakit tapi itu adalah penawar terbaik.
kini..
aku sudah menerima kenyataan..
aku hanya bertepuk sebelah tangan
kamu adalah milik orang lain..
hati pujuklah perasaan..
agar lepaskan kau pergi
buang jauh-jauh kau dari
hati dan mindaku
bawalah segala rasa yang ada dalam hati ini
pergi bersama angin lalu
buat kamu..
doaku tidak akan pernah padam
agar kau berbahagia bersama teman yang kau sayangi dan cintai..
semoga kau hidup berjaya di dunia akhirat..jadi seorang lelaki yang baik
dirimu akan aku kenang..
kerna kau pernah wujud dalam hatiku
dan aku..
masih di sini..akan terus berjalan mengharungi hari-hari mendatang
aku tidak seorang..ALLAH sentiasa bersamaku..
aku melihat kehidupan ini disuatu sudut yang berbeza..
terima kasih padaMu di atas pelajaran dan didikan yang terindah
sekarang..
aku lepaskan kau pergi..
kerana kau bukan hak aku..

No comments:
Post a Comment