Sunday, 20 February 2011

..rasa itu..

dahulu..ianya singgah dihati ini..buat pertama kalinya
sukar digambarkan..indah, manis dan bahagia
namun..rasa itu dicemar dusta..pedih..
hati menangis pedih..diri seolah gelap
tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya

perlahan dan lemah mengatur langkah..kerana hidup harus diteruskan
nasihat, sokongan serta doa mereka
alhamdulillah..diri bangkit semula..
berjalan di atas bumi yang sama

kini, rasa itu kembali membuka pintu hati
yang telah lama tertutup rapi
tetapi sayangnya, cinta pada yang tak sudi..
hati itu tidak boleh dipaksa

diriku punya khilaf tetapi rasa ini jujur
mungkin kamu tidak mengerti
kamu buang aku jauh..
sedih..jauh di sudut hati, masih ada ruang buat kamu

jangan kamu lupa kita adalah manusia
punya hati dan jiwa
suatu hari kamu akan rasa itu
sama seperti apa yang aku rasa..

No comments:

Post a Comment