Sunday, 20 February 2011

Kepada Kamu Yang Aku Rindu

kepada kamu yang aku rindu,
hari ni mungkin yang keberapa kali aku melihat kamu disebalik potret.
dengan harapan kamu juga ingat pada aku.

kepada kamu yang aku rindu,
mungkin tidak seperti dulu kita bersama.
tiada lagi tawa riang dan kesedihan teriakmu.
tapi tidak pernah lekang mengingati senyuman kamu.

kepada kamu yang aku rindu,
waktu kau pergi setelah merajuk membawa diri.
hari itu telah aku lupa yang aku sedang ego.
kemarahan aku menyebabkan aku rindu kamu sekarang.

kepada kamu yang aku rindu,
kau tiada lagi disisi,
tapi ingatan tetap sentiasa disemadikan
dibenak hati yang ditanam sedalam dalamnya.

kepada kamu yang aku rindu,
mengenali kamu suatu anugerah.
menyayangi kamu bagaikan permata.

kepada kamu yang aku rindu,
aku rindu kamu..


..ini nukilan adik aku..indah bukan??
ada sebab mengapa aku post warkah indah ini..kerana inilah perasaan aku sekarang kepada seseorang..
aku suka, sayang dan ambil berat tentang dia..tetapi sekarang..ianya terbatas..
kerana ego..persahabatan itu hambar.. 
tiada lagi sms, panggilan mesra dan tiada lagi pertemuan yang indah..
kini aku merindui kamu..


kepada kamu yang aku rindu...aku rindu kamu.. 

No comments:

Post a Comment