Monday, 28 February 2011

Kemaafan itu

Maaf..meminta maaf..sesuatu yang biasa kita dengar dan ucapkan.
tapi apakah ianya lahir dari hati yang benar-benar tulus ikhlas??
selalunya kita akan dengar nasihat sebegini "learn to forgive and forget"...
aku sudah biasa dengan ungkapan itu semua..

memaafkan sesuatu atau seseorng tidak semudah yang diucapkan
kerna tanpa keikhlasan ungkapan itu seolah tiada makna.

aku pada fizikalnya tampak tegas serta kuat..tetapi jauh disudut hati..aku rapuh..
aku lebih suka memendam segala rasa menyimpannya kemas di dalam hati..
suatu ketika aku gagal mengawalnya..aku tewas..aku menangis sepuas hati
kerna ianya menguji ketabahan diri ini..

aku belajar untuk memaafkan segalanya..tapi aku dikawal oleh emosi dan dendam..
aku membaca sebuah buku yang banyak menyedarkan aku pada diri sendiri yang serbe kerdil ini
betapa aku menzalimi diriku sendiri dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya aku ada..

kini aku harus belajar untuk memaafkan dan menjaga hati aku sendiri..sekali lagi
aku bersujud pada Mu Ya ALLAH..memohon keampunan..kekuatan serta keihklasan
untuk pasrah dan redha atas segala yang telah berlaku..
bantulah aku untuk membuang jauh segala rasa..
aku tidak mahu menangis lagi..tunjuklah aku jalan yang benar..
jangan biarkan aku lemas di dalam emosi dan khayalan aku sendiri..
sedarkanlah aku kembali..aku mahukan diri aku yang dahulu..
seorang gadis yang ceria suka tersenyum dan ketawa..
bukan seorang gadis yang mengalah pada perasaan dan bermurung sepi.

pada Mu Ya ALLAH..aku memohon pertolongan..bantulah hamba mu agar tidak tersasar jauh dari jalan MU..

No comments:

Post a Comment