Monday, 28 February 2011

26

semalam 27 February 2011..aku berumur 26 tahun.
syukur alhamdulillah pada ALLAH SWT kerana mengurniakan aku rahmatNya yang tidak terhingga..
aku hidup sehari lagi selama 26 tahun di muka bumi ini.. terima kasih YA ALLAH..

tiada sambutan yang besar..tengah malam itu..teman2 rapat menyambut hari ulangtahun ku dengan rasa penuh bersyukur..terima kasih temanku..ianya sangat bererti..

ucapan, doa, ciuman serta pelukan dari family sangat aku dambakan..tanpa mereka disisi aku..
aku rebah..mereka sentiasa memberi sokongan dan nasihat di kala aku jatuh, bersedih..
terutama Mama..jika aku bersedih aku akan memeluk dan menangis dalam dakapannya..
Mama...i love u so much mama

aku di dalam kesedihan teramat dalam..
sekali lagi aku dikecewakan oleh lelaki yang tidak jujur pada perasaan dia sendiri..
mengapa harus kamu menipu..
ianya sangat pedih apabila aku mengetahui kebenaran itu dari orang lain..
tega kamu mempermainkan perasaan aku...

ia terjadi lagi..Ya ALLAH..aku perlukan kekuatan untuk aku terus berjalan..merawat sakit di hati ini.
jangan ada benci, marah pada dia..hilangkan segala kesedihan..
hentikanlah tangisan ini..

aku seharusnya kuat..tapi aku tewas..
aku menyimpan segala rasa di dalam hati..
pada Mu Ya ALLAH aku luahkan segala rasa aku menangis ..dengarlah rintihan ku Ya ALLAH..
tabahkanlah hati dan diriku ini untuk menghadapi hari-hari yang menjelang dengan senyuman serta keberjatan dari Mu..amin.

p/s: hati jangan menangis..Allah sentiasa bersamamu..maafkan segalanya dengan hati yang ikhlas nescaya kamu akan perolehi ketenangan dan kebahagian yang tidak ternilai.

No comments:

Post a Comment